Sekolah Zaman Dahulu Dengan Sekarang

JS kongsi perbezaan suasana sekolah zaman dahulu dan sekarang mengikut pendapat JS. JS terfikir bila lihat gelagat pelajar sekarang yang sangat manja dan banyak alasan untuk kecapi kejayaan.


Dalam mana berita dan komen dari surat khabar banyak mengatakan segelintir malas berlajar walaupun berlajar diberi percuma di peringkat rendah dan menengah. Pelbagai alasan diberi, walaupun 1 juta alasan manapun ilmu tetap penting sama ada ilmu agama atau ilmu dunia.

Dahulu : Pergi sekolah menaiki basikal atau pun jalan kaki walaupun jarak sekolah jauh.
Sekarang : Naik motosikal atau bas atau kereta walaupun jarak sekolah tidak sampai 300 meter.

Dahulu : Belajar kena bayar, berlajar bersungguh2.
Sekarang : Belajar percuma, malas berlajar.

Dahulu : Pelajar menerima ilmu dari Guru
Sekarang : Pelajar mengajar guru

Dahulu : Pelajar hormat guru yang memberi tunjuk ajar ilmu.
Sekarang : Pelajar hentam dan gores kereta guru.

Dahulu : Pelajar mendapat didikan ilmu dari guru.
Sekarang : ibubapa pelajar memberi didikan pada guru.

Dahulu : Guru ada kuasa untuk didik anak murid.
Sekarang : Ibubapa lebih berkuasa untuk menentukan ilmu dari guru.

Dahulu : Guru didik ilmu sahaja.
Sekarang : Guru bukan sahaja didik ilmu tetapi jadi Ibubapa kepada anak murid.

Dahulu : Guru rotan pelajar untuk bagi pengajaran.
Sekarang : Ibubapa saman dan sumbat guru dalam penjara bila anak kena rotan.

Ini sahaja yang JS dapat kongsikan bersama dengan anda. Ikutkan banyak lagi, anda pandai2 tambah sendiri. 

0 Response to "Sekolah Zaman Dahulu Dengan Sekarang"

Post a Comment

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...