Akibat mencabut uban

Gambar Hiasan
Akibat mencabut uban | Anda uban? jangan dicabut uban tersebut ada akibat yang akan dialami. Sebelum ini ada pelbagai cerita mengenai uban. Yang pernah SA dengar, Rambut uban akan mendoakan kita jika tidak dicabut.

Ada juga cerita, berpendapat bahawa perbuatan tersebut akan menyebabkan lebih banyak uban tumbuh di rambut.

Namun, sejauh manakah kebenaran bagi anggapan sedemikian?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cunnane Phillips, iaitu seorang pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley di New York berkongsi pendapat bahawa perbuatan mencabut uban tidak mendatangkan sebarang faedah. Sekiranya dijadikan tabiat, ianya akan mendatangkan kesan yang tidak ideal terhadap folikel rambut.

Tambahnya lagi, rambut yang dicabut seringkali tidak akan tumbuh semula kerana tabiat sedemikian akhirnya akan memberi sebuah mesej kepada folikel bahawa rambut tidak perlu dihasilkan di kawasan tersebut.

Sebagai akibat, folikel rambut mengecil dan tidak lagi menghasilkan rambut, lantas membawa kepada masalah kebotakan.

Cara terbaik jika mengalami masalah rambut beruban, cara untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pewarna rambut.

1 Response to "Akibat mencabut uban"

  1. leeza pun pernah dgr... kalau makin dicabut uban, makin byk....
    tp akak leeza yg dh berusia tu asyik cabut uban. hmmm'

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...