Menang Lottery 930 000 Pound | Macam tidak percaya yang SA bakal menjadi orang kaya segera. Mana tidaknya, SA dapat email memberitahu SA salah seorang pemenang Lottery dari 50 juta pengguna email yang ada. Kena fikir apa hendak buat dengan wang sebanyak 930,000 pound (RM 4,406,212.88). Banyak tu..
1GBP = RM4.59

Jangan percaya sangat ayat dekat atas, Itu hanya ayat orang yang tidak fikir panjang dan mudah cepat percaya. Mana mungkin syarikat atau manusia yang hendak bagi wang semudah itu tanpa susah payah masuk sebarang aktiviti atau pertandingan. Jika anda mendapat apa-apa sahaja email yang mengatakan menang wang tunai dari luar negara, lupakan sahaja. Ianya adalah SPAM yang bakal menyebabkan anda menimpa masalah besar.


Email SPAM menyuruh kita menghantar maklumat peribadi untuk mendapat hadiah tersebut. Maklumat peribadi kita boleh disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membuat jenayah. Orang yang terpaksa ditanggung kesalahan adalah diri kita sendiri.

Terdesak mana pun kita terhadap duit, jangan sampai mudah terpedaya dengan wang tunai segera yang akan membawa bencana dalam kehidupan mendatang. Zaman sekarang sukar untuk membezakan kebenaran dengan penipuan. Jadi kita perlu jadi bijak dalam segala urusan harian yang semakin mencabar... Sudah masa untuk DELETE email SPAM mengarut ini...

3 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnG:

  1. @Leeza dayasari kenalah berhati2

    ReplyDelete
  2. Walaupun kita tahu yang ini adalah penipuan tapi masih ada yang percaya dan terkena. Mana ada jalan mudah dapat duit berjuta2 tu... Kalau lah SA dapat, jgn lupa share 1% ye...hehehe

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...